Tuesday, January 12

1.1.1 Daya Tahan Kardiovaskular

  • Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan membawa keluar bahan kumuhan dari otot.
  • Sistem kardiovaskular terdiri daripada:

  1. Jantung - mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.
  2. Paru-paru - membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.
  3. Rangkaian arteri dan vena - rangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung.


Daya tahan = keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu kerja dalam jangka masa yang lama dan berulang-ulang.

Kardiovaskular = gabungan kardiak yang bermaksud jantung dan vaskular yang bermaksud salur darah.


Aktiviti membina daya tahan kardiovaskular
  • Latihan Paarlauf
  • Latihan Piramid
  • Lompat tali (jump rope)


Latihan Paarlauf


  • Lari berpasangan dan berganti-ganti.
  • Seorang akan berlari dan seorang lagi akan berehat secara aktif seperti berjoging.
  • Latihan ini akan menambahkan kerjasama antara pasangan.




Latihan Piramid
  • Satu larian bersiri yang sesuai dilaksanakan di atas trek untuk memudahkan kita menganggarkan jarak larian.
  • Lebih berkesan sekiranya masa rehat diperuntukkan di antara satu jarak larian dengan jarak yang berikutnya.





Latihan piramid berasaskan masa.



Latihan piramid berasaskan jarak.



Lompat Tali


  • Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular jika dilakukan selama 10 minit.
  • Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
  • Lakukan lompatan dengan kadar 60 hingga 70 pusingan seminit.
  • Pelbagai gaya lompat tali yang dapat kita lakukan untuk mengelakkan kebosanan ialah: 
  1. Langkah selang-seli
  2. Kangkang hadapan
  3. Tumit ke jari kaki
  4. Seret hadapan
  5. Seret belakang
  6. Kangkang sisi
  7. Langkah lutut tinggi

Otot utama yang terlibat ketika latihan Paarlauf, latihan piramid dan lompat tali:

  • Deltoid
  • Biceps
  • Brachioradialis
  • Quadriceps
  • Gluteus
  • Hamstring
  • Gastrocnemius
  • Flexor dan extensor tangan
  • Triceps