Tuesday, January 19


1.1.2 Daya Tahan Otot

  • Komponen kecergasan fizikal yang menjurus kepada keupayaan otot atau kumpulan otot untuk menguncup berulang kali dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu.
  • Individu yang mempunyai tahap kecergasan daya tahan otot yang tingggi mampu menggunakan otot-ototnya lebih lama atau berulang-ulang.


Latihan Bebanan

2 kaedah latihan bebanan untuk meningkatkan daya tahan otot:
  • Latihan isotonik
  • Latihan isometrik

Aktiviti latihan bebanan:
  • Half squat
  • Bench press
  • Hamstring curl
  • Back extension
  • Crunches


Half Squat
  • Memerlukan alat bebanan bebas dan pembantu.
  • Baik dan sesuai untuk meningkatkan daya tahan otot anggota bawah badan. khususnya kumpulan otot quadriceps.



 Bench Press

  • Memerlukan khidmat pembantu sekiranya dilakukan dengan alat bebanan bebas.
  • Beban akan ditolak dan diimbangkan ke atas sewaktu meluruskan bahagian siku.
  • Khusus untuk meningkatkan daya tahan otot pectoralis major dan triceps.



 Hamstring Curl
  • Dilakukan dengan bantuan rakan atau menggunakan mesin bebanan.
  • Melatih otot hamstring. 




 Back Extension
  • Dilakukan bersendirian di atas kerusi Roman
  • Memerlukan pembantu jika dilakukan di atas bangku panjang.
  • Meningkatkan daya tahan otot hamstring (biceps femoris), gluteus, erector spinae dan otot belakang bahagian bawah badan.






 Crunches
  • Memberi kesan kepada otot-otot rectus abdominis jika dilakukan setiap hari.
  • Jika ditambah dengan pergerakan menyilang badan, kesannya akan dirasai pada otot external obliques.
  • Dilakukan tanpa pembantu atau penggunaan alat bebanan.