Saturday, April 16

2.3 Lumba Jalan Kaki

  • Definisi: Kemajuan langkah yang berterusan menyentuh permukaan bumi.
  • 2 undang-undang asas yang mendefinisikan lumba jalan kaki yang sah:-
  1. Sebelah kaki mesti memijak bumi sepanjang masa, kaki hadapan mesti memijak bumi setelah kaki belakang diangkat.
  2. Kaki hadapan mesti diluruskan dari mula menyentuh bumi sehingga ke posisi tegak lurus dengan badan.

Kemahiran Lumba Jalan Kaki

Fasa Sokongan Sebelah Kaki

Sokongan Kaki Hadapan
  1. Sentuh permukaan bumi dengan tumit kaki.
  2. Ekstensi lutut kaki hadapan.
  3. Posisi badan tegak, mata pandang ke hadapan.
  4. Tolak dan angkat kaki belakang ke hadapan.
  5. Fleksi siku dan ayun tangan bersilang arah dengan langkahan kaki.
  6. Ekstensi kaki sokongan.

Sokongan Kaki Belakang
  1. Tegakkan badan, mata pandang ke hadapan.
  2. Ekstensi kaki sokongan selama yang boleh.
  3. Fleksi kaki lutut bebas, rendahkan lutut semasa kaki bebas melangkah ke hadapan.
  4. Kekalkan ayunan tangan.

Fasa Sokongan Dua Belah Kaki
  1. Jejakkan tumit kaki hadapan ke permukaan bumi.
  2. Bebola kaki belakang sentuh permukaan bum.
  3. Ekstensi lutut kedua-dua belah kaki.
  4. Kekalkan posisi badan. Ayunan tangan bersilang arah dengan langkahan kaki.

Teknik-teknik Pergerakan

Postur Badan
  1. Tegangkan otot belakang badan dan otot abdominal.
  2. Bahu refleks dan fleksi siku.
  3. Tegakkan kepala, mata pandang terus ke hadapan.
Pergerakan Tangan
  1. Fleksi siku 85 darjah hingga 90 darjah sepanjang masa.
  2. Ayunan tangan rapat pada badan (pada paras atas pinggang dan tidak melebihi paras bahu).
  3. Semasa ayunan belakang, genggaman tangan dirapatkan ke sisi pinggul.
  4. Semasa ayunan hadapan, tangan selari dengan dada.
Pergerakan Pinggul
  1. Gerakkan pinggul ke hadapan dan ke belakang secara mendatar.
  2. Bawa lutut ke hadapan dan tegakkan dengan badan untuk menghasilkan gerakan putaran.
Kedudukan Kaki dan Tapak Kaki
  1. Letak tapak kaki pada satu garisan lurus dengan ibu jari menghala lurus ke hadapan.
  2. Ekstensi lutut.
  3. Sentuh permukaan bumi dengan tumit. Pergerakan dari tumit hingga ke bebola kaki melalui sepanjang kawasan luar tapak kaki.
  4. Bergerak dengan menolak bebola kaki hingga ke hujung ibu jari kaki.
  5. Rendahkan lutut semasa kaki belakang melangkah ke hadapan.
Undang-undang dan Peraturan
  1. Penentuan posisi ketika permulaan ditentukan mengikut seeding yang dilaksanakan oleh penganjur.
  2. Perlumbaan yang berlangsung di balapan akan diadili oleh 6 orang hakim termasuk seorang ketua hakim.
  3. Amaran akan diberi sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut definisi perlumbaan.
  4. 3 amaran akan diberi sebelum penyertaan dibatalkan.
  5. Tanda kuning dengan simbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai tanda amaran. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai tanda penyertaan dibatalkan.
  6. Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila 3 hakim berpendapat cara berjalan tidak menurut definisi perlumbaan jalan kaki.
  7. Sekiranya pertandingan diadakan di balapan, individu yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.