- Stres terbahagi kepada 2 iaitu:-
- Eustres
- Distres
- Stres boleh menjejaskan prestasi jika tidak ditangani.
- Stres boleh berpunca daripada stressor luaran atau stressor persepsi.
Eustres
- boleh memberi kesan yang positif seperti membantu kita menjalankan tugas dengan lebih baik, bertenaga dan efisien.
Distres
- memberi kesan yang negatif seperti menyebabkan kebimbangan, kekecewaan dan berasa tidak berguna.
Stressor Luaran
- Gagal mencapai matlamat
- Terlebih bebanan
- Stressor bioekologi
- Kesunyian dan kebosanan
Stressor Persepsi
- Personaliti
- Tabiat tingkah laku
- Harga diri
SItuasi yang menyebabkan stres
Peperiksaan
- Persediaan peperiksaan dibuat pada saat-saat akhir.
- Tersalah jadual peperiksaan.
- Lewat tiba ke tempat peperiksaan.
- Persekitaran rumah yang bising.
- Masalah kesihatan.
- Tertinggal dokumen penting atau slip peperiksaan.
Masalah Perhubungan dengan Rakan Sebaya dan Keluarga
- Sukar menyesuaikan diri dengan rakan sebaya ketika berpindah ke sekolah baru.
- Perbezaan umur antara adik-beradik yang terlalu jauh.
- Berasa terasing dan rendah diri dengan kekurangan diri berbanding dengan rakan sebaya atau adik-beradik.
- Ibu atau bapa yang pilih kasih.
- Tidak dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga seperti ipar, kelahiran adik atau pasangan baru ibu/bapa.
- Kehilangan sahabat baik kerana berpindah atau kematian.
Perhubungan Kendiri
Stres yang timbul mungkin berpunca daripada cara kita menilai diri. Oleh itu, kita hendaklah:-
- Menyedari akan kelemahan diri.
- Bersikap ingin memperbaiki diri.
- Mempertingkatkan keyakinan diri.
- Berfikiran positif.
- Menghadiri ceramah/kursus motivasi.
- Mengenal pasti kesilapan yang dilakukan.
- Menentukan matlamat serta tindakan untuk mengatasi kesilapan.
Strategi Menguruskan Stres
Pengurusan Masa
- Merancang penggunaan masa.
- Mengutamakan perkara yang penting.
Beriadah
Bersikap Positif
Mengawal Diri
- Bersikap tegas dan tidak agresif.
- Kawal kemarahan diri.
Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif
- Senaraikan segala bentuk penyelesaian masalah.
- Pilih penyelesaian masalah terbaik.
- Nilaikan hasilnya.
Mengamalkan Pemakanan Seimbang
- Amalkan tabiat pemakanan yang baik.
- Jangan ambil alkohol, rokok dan dadah.
Mengamalkan Teknik Relaksasi
Mendapatkan Sokongan Sosial
- Minta nasihat, pandangan atau pendapat orang lain.
- Minta khidmat profesional seperti kaunselor, ahli terapi atau doktor.