- Definisi: Kemajuan langkah yang berterusan menyentuh permukaan bumi.
- 2 undang-undang asas yang mendefinisikan lumba jalan kaki yang sah:-
- Sebelah kaki mesti memijak bumi sepanjang masa, kaki hadapan mesti memijak bumi setelah kaki belakang diangkat.
- Kaki hadapan mesti diluruskan dari mula menyentuh bumi sehingga ke posisi tegak lurus dengan badan.
Kemahiran Lumba Jalan Kaki
Fasa Sokongan Sebelah Kaki
Sokongan Kaki Hadapan
- Sentuh permukaan bumi dengan tumit kaki.
- Ekstensi lutut kaki hadapan.
- Posisi badan tegak, mata pandang ke hadapan.
- Tolak dan angkat kaki belakang ke hadapan.
- Fleksi siku dan ayun tangan bersilang arah dengan langkahan kaki.
- Ekstensi kaki sokongan.
Sokongan Kaki Belakang
- Tegakkan badan, mata pandang ke hadapan.
- Ekstensi kaki sokongan selama yang boleh.
- Fleksi kaki lutut bebas, rendahkan lutut semasa kaki bebas melangkah ke hadapan.
- Kekalkan ayunan tangan.
Fasa Sokongan Dua Belah Kaki
- Jejakkan tumit kaki hadapan ke permukaan bumi.
- Bebola kaki belakang sentuh permukaan bum.
- Ekstensi lutut kedua-dua belah kaki.
- Kekalkan posisi badan. Ayunan tangan bersilang arah dengan langkahan kaki.
Teknik-teknik Pergerakan
Postur Badan
- Tegangkan otot belakang badan dan otot abdominal.
- Bahu refleks dan fleksi siku.
- Tegakkan kepala, mata pandang terus ke hadapan.
Pergerakan Tangan
- Fleksi siku 85 darjah hingga 90 darjah sepanjang masa.
- Ayunan tangan rapat pada badan (pada paras atas pinggang dan tidak melebihi paras bahu).
- Semasa ayunan belakang, genggaman tangan dirapatkan ke sisi pinggul.
- Semasa ayunan hadapan, tangan selari dengan dada.
Pergerakan Pinggul
- Gerakkan pinggul ke hadapan dan ke belakang secara mendatar.
- Bawa lutut ke hadapan dan tegakkan dengan badan untuk menghasilkan gerakan putaran.
Kedudukan Kaki dan Tapak Kaki
- Letak tapak kaki pada satu garisan lurus dengan ibu jari menghala lurus ke hadapan.
- Ekstensi lutut.
- Sentuh permukaan bumi dengan tumit. Pergerakan dari tumit hingga ke bebola kaki melalui sepanjang kawasan luar tapak kaki.
- Bergerak dengan menolak bebola kaki hingga ke hujung ibu jari kaki.
- Rendahkan lutut semasa kaki belakang melangkah ke hadapan.
Undang-undang dan Peraturan
- Penentuan posisi ketika permulaan ditentukan mengikut seeding yang dilaksanakan oleh penganjur.
- Perlumbaan yang berlangsung di balapan akan diadili oleh 6 orang hakim termasuk seorang ketua hakim.
- Amaran akan diberi sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut definisi perlumbaan.
- 3 amaran akan diberi sebelum penyertaan dibatalkan.
- Tanda kuning dengan simbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai tanda amaran. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai tanda penyertaan dibatalkan.
- Penyertaan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila 3 hakim berpendapat cara berjalan tidak menurut definisi perlumbaan jalan kaki.
- Sekiranya pertandingan diadakan di balapan, individu yang dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.